HomeBeritaNajib bebas kes 1MDB, ini satu kemenangan - Rosmah

Najib bebas kes 1MDB, ini satu kemenangan – Rosmah

KUALA LUMPUR: ‘Syukur Alhamdulilah sebab kes yang hari ini adalah satu kemenangan bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami’.

Itulah kata yang diungkap Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi disini, hari ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pertuduhan laporan audit 1Malaysia Deveploment Berhad (1MDB).

Rosmah, 72, ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, keputusan itu sedikit sebanyak menyuntik semangat buat Najib dan seisi keluarganya.

“Sudah tentu, keputusan ini memulihkan semangat bukan sahaja untuk Datuk (Najib) tapi untuk keluarga kami,” katanya pada Jumaat.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, tujuh tahun lalu.

@mvrasmi

#1MDB Najib bebas, better things to come – Rosmah #Terkini #NajibRazak #RosmahMansor #3Mac

♬ original sound – MediaVariasiOfficial – MediaVariasiOfficial

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Najib, 70, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB dimuktamadkan Ketua Audit Negara, dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari, 2016.

Author

Pilihan Editor