HomeGlobalPemilik kedai terkejut, pelanggan beli 7 cincin emas guna duit syiling

Pemilik kedai terkejut, pelanggan beli 7 cincin emas guna duit syiling

 

BANGKOK: Baru-baru ini seorang wanita Thailand menarik perhatian warga net apabila membeli tujuh cincin emas menggunakan duit syiling.

Perkara itu turut dikongsi oleh pemilik kedai emas berkenaan, Tangmo Konkrakkwai yang terkejut apabila pelanggannya itu membuat pembayaran menggunakan syiling yang banyak, lapor berita Khaosod.

Menurut Tangmo, pelanggan itu ada menghubunginya pada 26 Februari lalu untuk bertanyakan sama ada kedai emasnya menerima bayaran menerusi duit syiling.

Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka dengan jumlah sebanyak itu.

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian tersebut.

Maklumnya, pelanggan terbabit mempunyai duit syiling yang banyak kerana dia merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik.

Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.

Malah, pihaknya turut memberi diskaun dan hadiah sagu hati kepada pelanggan berkenaan yang membeli tujuh bentuk cincin emas di kedainya.

Author

Pilihan Editor