HomeBeritaPetaling Street dapat 'pengiktirafan dunia'

Petaling Street dapat ‘pengiktirafan dunia’

CYBERJAYA: Jalan Petaling yang terletak di ibu kota kali ini menjadi perhatian dunia apabila tersenarai antara 33 lokasi di dunia menjadi ‘syurga’ menjual barangan cetak rompak dan pelbagai produk berjenama terkemuka tiruan.

Perkara itu dirujuk menerusi pendedahan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dalam satu Kajian Semula Pasaran Terkenal 2022, terhadap lokasi pelancongan terkemuka di Jalan Petaling yang popular dengan julukan ‘Petaling Street’, sekaligus memberikan imej negatif pada negara.

Selain Jalan Petaling, 33 kawasan (pasaran fizikal) dan 39 pasaran dalam talian di 18 negara lain turut disenaraikan antara wilayah terbabit aktif dalam aktiviti cetak rompak dan tiruan.

Antara tersenarai adalah di La Pulga Rio, Monterrey, Mexico; Mangga Dua Market, Indonesia; Chenghai, Guangdong, China; Heera Panna, Mumbai, India; Gamarra, Lima, Peru; Greenhills Shopping Center, Filipina dan MBK Center, Bangkok, Thailand.

Laporan sama turut menyatakan Jalan Petaling adalah lokasi rancak berlakunya aktiviti jualan barangan tiruan, termasuk jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan banyak lagi.

“Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemik COVID-19 berikutan pelancong asing terhad namun kebanyakan barangan yang ada pada masa ini nampaknya adalah tiruan,” maklum laporan itu seperti dilapor Harian Metro.

 

Author

Pilihan Editor