HomeBeritaPRIHATIN, MAIWP bantu 1,100 pelajar asnaf

PRIHATIN, MAIWP bantu 1,100 pelajar asnaf

SENTUL: Seramai 1,100 pelajar dari golongan B40, asnaf menerima sumbangan wang tunai dan keperluan pengajian menerusi program Townhall Nasional Wilayah Persekutuan pada Sabtu.

Inisiatif sumbangan bernilai RM2 juta itu diberi oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat bertujuan meringankan beban pelajar.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelajar University College MAIWP International (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, pelbagai jenis bantuan dihulurkan kepada pelajar seperti komputer riba, wang tunai, cermin mata dan lain-lain keperluan asas.

“Semua bentuk sumbangan adalah bagi meringankan beban pelajar dalam situasi kos sara hidup tinggi ketika ini.

“Pada program sama iaitu slot Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan turut diadakan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan┬áPengerusi MAIWP.

“Perkongsian pengalaman Ikon Nasional ini diharap dapat beri hala tuju kepada mahasiswa supaya mereka boleh ikut jejak mereka yang berjaya, ” katanya kepada media.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar hadir menyempurnakan perasmian Program TownHall Ikon Nasional Membentuk Siswa Madani peringkat Wilayah Persekutuan anjuran PRIHATIN di Dewan Tun Syed Nasir UKM, di sini.

Turut hadir, Penasihat Pendidikan dan Biasiswa PRIHATIN, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar; Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Pada program sama, program IKON turut diwujudkan dengan menjemput beberapa ikon negara, pelbagai bidang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman seterusnya melahirkan graduan mentaliti kelas pertama.

Author

Pilihan Editor