HomeGaya HidupRakyat Malaysia banyak ‘MC’ sebab sakit gigi

Rakyat Malaysia banyak ‘MC’ sebab sakit gigi

CYBERJAYA: Trend penggunaan gula halus berlebihan dalam makanan dan minuman rakyat Malaysia semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi berkata, kajian menunjukkan penggunaan gula ringkas menyumbang kepada kadar karis, penyakit gusi, obesiti dan diabetes yang tinggi di Malaysia.

Menurutnya, sakit gigi adalah salah satu sebab tertinggi ketidakhadiran di tempat kerja termasuk di sekolah.

Malah, sakit yang berlarutan akan membuatkan keadaan seseorang itu makin buruk sekali gus menjejaskan kehidupan seharian.

“Akhirnya, kesihatan mulut yang buruk boleh menjejaskan kesejahteraan sosial dan psikologi pada keseluruhan.

“Memandangkan kesihatan mulut yang baik menyumbang secara positif kepada kesihatan umum, kesejahteraan dan kualiti hidup kita, kita mesti menjaga mulut dengan baik dan berbangga dengannya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada berucap di majlis Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 di Kuala Lumpur pada Isnin.

Turut melancarkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Dalam pada itu, Dr Chiew Wooi turut berkongsi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan pengambilan gula bagi golongan dewasa adalah tidak lebih daripada 10 sudu teh sehari.

“WHO kemudian menyarankan pengambilan gula tidak melebihi lima sudu teh sehari dan ia adalah lebih baik.

“Kami berharap lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk mengurangkan beban kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor