HomeBeritaMahkamah & JenayahSyamsul pukul punca Puteri Sarah keluar rumah - Peguam

Syamsul pukul punca Puteri Sarah keluar rumah – Peguam

KUALA LUMPUR: Peguam syarie kepada pelakon, Puteri Sarah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, bahawa pengarah, Syamsul Yusof memukul isterinya, pada tahun 2020.

Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata demikian ketika prosiding sebutan kes permohonan cerai, hari ini.

Katanya, kejadian itu memaksa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, keluar daripada rumah yang diduduki.

Akberdin menambah, Puteri Sarah hanya pulang semula ke rumah itu selepas dipujuk kedua-dua mentuanya.

“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya,” kata Puteri Sarah yang terpaksa mengemukan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof.

Menurut Puteri Sarah, 38, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.

Sarah turut mendakwa, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.

“Masa itu tak buat sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.

Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada prosiding sama, Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan Syamsul dan Puteri Sarah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah tiba di pekarangan mahkamah secara berasingan.

Puteri Sarah dilaporkan sebelum ini memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Punca utama tuntutan cerai dibuat kerana sudah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Puteri Sarah mendedahkan, dia dan anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin.

Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun Syamsul enggan lepaskan Puteri Sarah dengan memberitahu mahkamah masih ada sinar.

Puteri Sarah sebelum itu merayu agar dilepaskan cara baik kerana baginya sinar untuk teruskan perkahwinan sudah lama padam.

Author

Pilihan Editor