HomeBeritaTakkan nak suruh mereka mencuri, Nambikkai gesa MB bantu usahawan

Takkan nak suruh mereka mencuri, Nambikkai gesa MB bantu usahawan

BATU CAVES:”Takkan nak suruh mereka mencuri atau meragut untuk kelangsungan hidup?” luah Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia (Nambikkai), Datuk Kalai Vanar.

Nambikkai menzahirkan kekecewaan terhadap janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bersetuju untuk membantu 13 usahawan berhampiran Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang, di sini.

Kalai berkata, Amirudin sebelum ini berjanji untuk menghentikan proses roboh premis perniagaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sementara menunggu penempatan baharu.

“Beliau (wakil Menteri Besar) telah terima memorandum, dan kami berbincang. Beliau sudi mendengar, dan berjanji tapak sedia ada tidak akan diganggu kacau oleh pihak MPS (Majlis Perbandaran Selayang) dan PTG (pejabat tanah dan galian). sehingga dapat tapak baharu.

“Namun PTG tetap datang pada Oktober 2022 dan roboh sebahagian daripada bengkel, sebanyak 10 kereta pelanggan disita dengan denda bernilai RM400 sebuah jika mahu tuntut semula.
Kenapa nak sita tempat ini bukan halang laluan?

“Usahawan tak kisah jika roboh premis untuk projek besarkan parit berhampiran, tetapi isunya MB sudah janji untuk sediakan lokasi ganti bukannya membiarkan nasib usahawan terabai,” katanya pada sidang media di lokasi bengkel berhampiran Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang di sini.

Turut hadir 13 pengusaha yang terjejas termasuk bengkel kereta, kedai cermin, kedai perabot dan lain-lain.

Kalai turut menunjukkan rakaman ketika pertemuan dengan MB Selangor pada Ogos lalu.

Bengkel berkenaan diusahakan secara sah diserahkan oleh mendiang Tan Sri Sammy Vellu walaupun status tanah milik kerajaan, terdapat lesen perniagaan sah namun bekalan elektrik dan air turut dipotong.

Notis perobohan diserahkan tiga bulan lalu, bagaimanapun pelbagai usaha dilakukan surat rayuan dan lain-lain tidak diendahkan.

Untuk rekod, pengusaha bengkel berkenaan mendapat tempat niaga terbabit ketika era Barisan Nasional (BN) sejak 27 tahun lalu.

Mereka mendapat penempatan perniagaan yang asalnya Bengkel2 ini di tempat ini dari hadapan
kuil Batu Caves semasa projek binaan jejantas di tempat tersebut.

Tambah Kalai, pengusaha kini telah terpaksa tanggung hutang yang
banyak sejak tak berniaga, hutang Ah long, sewa beli rumah tertunggak dan lain-lain.

“Yang peliknya peniaga warga asing dibiarkan sahaja, tak sentuh pun, ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar kebuluran,” katanya.

Author

Pilihan Editor