HomeBeritaMahkamah & JenayahTumbuk isteri: Hafidz Roshdi bakal didakwa Isnin depan

Tumbuk isteri: Hafidz Roshdi bakal didakwa Isnin depan

KUALA LUMPUR: Polis Selangor mengesahkan pelakon, Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Isnin depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dipetik Harian Metro ringkas berkata, suspek berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, Hafidz dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.

Nurul Shuhada turut memuat naik gambar kecederaan muka di media sosial sebelum keluarga mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Hafidz kemudian ditahan kira-kira ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada hari sama.

Pelakon terbabit dilaporkan berdepan kontroversi rumah tangga mereka melibatkan pihak ketiga sehingga menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga pada 23 Februari lalu, yang didedahkan adik Nurul Shuhada.

Author

Pilihan Editor