UMNO Puchong menuntut pemilihan bagi jawatan Ketua Bahagian di daerah itu diadakan semula berikutan dibimbangi wujud unsur sabotaj kerana kejadian ‘blackout’ ketika pengiraan undi. Tuntutan itu dikemukakan oleh beberapa ahli UMNO Puchong yang mahu proses pemilihan dilakukan lebih telus dan adil. Wakilnya, Khalid Lambak berkata, kejadian ‘blackout’ berlaku pada 18 Mac iaitu Sabtu lalu pada jam 1.37 petang dan ia pulih dalam dua minit kemudian. “Kami berasa keraguan, proses undi berlaku blackout, kami merasakan ia konspirasi, untuk sabotaj hari pemilihan terbabit.