HomeBeritaWarga P.Pinang, Melaka boleh ‘book’ slot perkhidmatan kesihatan pergigian di MySejahtera

Warga P.Pinang, Melaka boleh ‘book’ slot perkhidmatan kesihatan pergigian di MySejahtera

 

CYBERJAYA: Warga Malaysia yang menetap di Melaka dan Pulau Pinang kini boleh membuat tempahan janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian melalui aplikasi MySejahtera.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, pelaksanaan tempahan janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian itu akan dilaksanakan secara berfasa.

“Fasa 1, bermula 20 Mac 2023, penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian di semua negeri Melaka dan Pulau Pinang.

“Fasa 2, bermula Mei 2023, perluasan penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian,” maklum KKM.

Katanya, menerusi pelaksanaan sistem sedemikian pengguna boleh melakukan janji temu dan terus ke klinik dalam mendapatkan rawatan pergigian.

Malah, sistem tersebut dapat menjimatkan masa, termasuk masa menunggu para pesakit.

Difahamkan, pihak MySejahtera menyasarkan pengenalan menyeluruh di semua klinik pergigian seluruh negara menjelang Mei 2023.

Bagi anda yang inginkan keterangan lanjut boleh layari  laman https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/…/51000334…

Berikut rujukan buat anda membuat tempahan temu janji di MySejahtera:

Author

Pilihan Editor