KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kejohanan Badminton Asia (BAC), Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar awal selepas tewas pada pusingan pertama saingan yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Perseorangan lelaki profesional negara berusia 25 tahun itu tewas kepada pemain di ranking ke-17 dari Hong Kong Angus Ng Ka Long 21-19, 21-16 selepas 39 minit bertarung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.
Wakil Hong Kong itu bakal berdepan Kanta Tsuneyama dari Jepun yang mengenepikan pemain Nepal Prince Dahal 21-7, 21-13, di pusingan kedua.
Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia itu memulakan kempen musim ini dengan prestasi suram apabila tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman, bagaimanapun menunjukkan peningkatan selepas mara ke separuh akhir Seluruh England dan Terbuka Switzerland.
Sementara itu, juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik melepasi halangan pertama menyingkirkan gandingan ke-10 dunia dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 19-21, 21-19, 22-
Beregu kedua dunia itu dijadual berdepan pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin pada pusingan kedua, yang menewaskan wakil Jepun Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-10, 21-16.
Perseorangan lelaki Ng Tze Yong, perseorangan wanita Goh Jin Wei dan S.Kisona, beregu wanita Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, serta Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong (men’s doubles) and Chan Peng Soon-Cheah Yee See (beregu campuran) gagal meneruskan cabaran di Dubai. – BERNAMA