HomeNiagaHoorrey X Fest Raya jangka sambutan meningkat dengan konsep terbuka

Hoorrey X Fest Raya jangka sambutan meningkat dengan konsep terbuka

KUALA LUMPUR: Jualan raya ‘buang’ harga habis-habisan, Hoorrey X Fest Raya yang bakal berlangsung selama 72 jam, tanpa henti bermula 18 April hingga 20 April ini menggunakan konsep terbuka di mana pengunjung boleh masuk ke acara melalui mana-mana pintu.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, konsep terbuka ‘open road’ berdasarkan pengalaman mengadakan acara selepas Perintah Kawalan Pergerakan yang membenarkan pengunjung keluar masuk suka hati tanpa halangan.

“Kaedah ini dilihat lebih banyak sambutan berbanding mengongkong pengunjung masuk beberapa pintu sahaja.

“Saya sudah minta vendor beri promo festival tunggal di Kuala Lumpur ketika ini sedang berlangsung tiga ke empat festival manakala Hoorrey adalah festival tunggal, jadi aliran trafik akan lebih lancar dan dijangka lebih banyak sambutan.

“Saya alu-alukan 400 vendor yang dijangka terbabit menyokong dan turut memberi publisiti mengenai acara ini,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian pada Hari Bertemu Vendor Hoorrey X Fest Raya pada Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Seramai lebih kurang 300 vendor termasuk 40 vendor daripada selebriti, pempengaruh hadir dalam soal jawab pada majlis itu.

Tambahnya, acara itu yang sebelum ini di uar-uarkan bermula pada 19 April terpaksa diawalkan ke 18 April kerana kebimbangan Hari Raya Pertama jatuh pada 21 April.

Mohamad Alif berkata, vendor dibenarkan meletakkan barang mereka dan mulakan kerja-kerja memasang tapak niaga pada jam 5 petang 17 April jika vendor daripada acara sebelum itu sudah menutup operasi mereka.

“Jika tidak vendor terpaksa tunggu sehingga mereka selesai baru masuk.

“Lebih 60 peratus vendor yang menyertai Hoorrey adalah terdiri daripada mereka yang menyertai acara sebelum itu juga di WTC,” katanya.

Hoorrey turut menyediakan satu van khas Hoorrey X Fest Raya yang akan mengelilingi Lembah Klang untuk menawarkan baucar dari RM50, RM100, RM200 kena tuntut untuk tebus nilai di 400 vendor terpilih sepanjang tiga hari jualan raya Hoorrey X Fest  Raya nanti.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).

Author

Pilihan Editor