Malaysia mengalu-alukan Pusat Fisio & Rehab Sukan yang pertama dan bertaraf dunia – SOUL, yang diasaskan oleh bekas pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama Datuk Mike Tee Swee Guan, dan Datuk Seri Lee Tian Hock. Terletak di 163 Retail Park, Mont Kiara, pusat itu menyediakan penjagaan pencegahan dan rehab untuk atlet dan ahli sukan rekreasi dalam mencapai prestasi puncak.
Acara pelancaran pada hari Rabu turut disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan Malaysia, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SOUL Datuk Mike Tee serta Pengasas Bersama Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Seri Lee Tian Hock.
Di bawah payung MJHM Holdings Sdn Bhd, SOUL ialah kemudahan penjagaan kesihatan yang mengkhususkan dalam mendiagnosis, merawat dan mencegah kecederaan yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti fizikal. Objektifnya adalah untuk membantu atlet pulih daripada kecederaan dan mengoptimumkan prestasi mereka.