HomeNiagaDr Tako sumbang 11 kiosk percuma untuk usahawan

Dr Tako sumbang 11 kiosk percuma untuk usahawan

KUALA KRAI: Penyedia produk makanan, Dr Tako menyumbangkan 11 kiosk percuma untuk usahawan baharu.

Menerusi kenyataan medianya, Pengasas Dr Tako, Mohd Aliff Ab Kadir berkata, menerusi program tersebut usahawan yang sangat komited bersama Tako akan berkongsi rezeki dengan pemberian minyak percuma 500.

Program ini hasil kerjasama antara Polis Kuala Krai, Shell, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Beliau menyasarkan perniagaan Dr Tako akan diperluaskan ke Lembah Klang dengan lebih 30 ke 40 usahawan baharu akan bersama.

Program sumbangan Dr Tako dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad.

Turut hadir ADUN Guchil, Hilmi Abdullah; Pengusaha Shell, Ismon Abu Bakar; wakil KPDNKSH Kuala Krai, Sulaiman Derahin dan Timbalan Presiden MTPN, Abdul Malik Jamaran.

Author

Pilihan Editor