HomeNiagaFederal Power perkenal Loji Kabel XLPE

Federal Power perkenal Loji Kabel XLPE

KUALA LUMPUR: Pembuat kabel tempatan sejak 1974, Federal Power kini melangkah setapak sebagai perintis dalam memperkenalkan Loji Kabel XLPE menerusi kuota yang diberi kerajaan.

Menurut kenyataan media, Federal Power yang dahulunya dikenali Federal Telecoms Sdn. Bhd bermula sebagai syarikat usaha sama di antara Lembaga Letrik Negara (kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Bhd), Federal Cables, Wires and Metal Manufacturing Bhd (dikenali sebagai FCW Industries Sdn Bhd) dan Fujikura Ltd of Japan, Federal Power dan Telecoms Sdn. Bhd kemudiannya menjadi anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1983.

“Bagaimanapun pembuat kabel ini masih memerlukan suntikan daripada Kementerian Kewangan bagi mengelakkannya gulung tikar sebagaimana pembuat kabel yang lain.

“Datuk Seri N. W. Hisham Abdul Wahab telah mengambil alih pengurusan syarikat pada tahun 2017 sebagai pemegang saham terbesar sebanyak 81 peratus seterusnya Tenaga Nasional Berhad sebanyak sembilan peratus dan 10 peratus lagi lagi adalah daripada syarikat dari Jepun yang kekal menjadi rakan teknikal iaitu Fujikura Ltd of Japan (FJK).

“Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Indera Ir. Baharin l Din, amat peka dan telah banyak menghulurkan bantuan untuk kebajikan Federal Power Sdn Bhd dan pengeluar Bumiputera yang lain,” kata kenyataan itu.

Yang turut hadir merasmikan majlis pelancaran Loji Kabel XLPE adalah Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tambah kenyataan berkenaan, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam, Aminurrahim Mohamed telah memberi peluang kepada Federal Power Sdn Bhd bagi menubuhkan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) yang diberi nama “Team Amal Kazuko” untuk Angkatan Pertahanan Awam dalam keselamatan kilang terutamanya dalam membendung kebakaran.

Author

Pilihan Editor