HomeNiagaFND tawar platform kembang rangkaian perniagaan di bawah satu bumbung

FND tawar platform kembang rangkaian perniagaan di bawah satu bumbung

 

CYBERJAYA: Usahawan yang ingin mengembangkan rangkaian perniagaan mereka namun masih tercari-cari platform yang sesuai kini boleh menarik nafas lega kerana Find Network & Deal (FND) menawarkan perkhidmatan tersebut di bawah satu bumbung melalui laman sesawang

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Riza Imam Maskor, platform jaringan ini menawarkan tiga kategori iaitu jaringan usahawan, syarikat dan pelabur kepada usahawan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mengikut jenis kategori tersebut.

“Antara kelebihan platform ini iaitu semua usahawan adalah genuine entrepreneur dan setiap perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan juga akan diberikan rating (penilaian bintang).

“FND juga sedang bekerjasama dengan pihak bank dan agensi kewangan kerajaan untuk turut serta mempromosikan tawaran dan geran kepada usahawan yang mencapai rating yang paling tinggi,” ujarnya.

Tambah Mohd Riza, platform ini merupakan pusat sehenti yang menghimpunkan semua perniagaan di bawah satu bumbung sambil mengembangkan rangkaian mereka.

“Objektif fndnet.my adalah mengenal pasti dan mengatasi kelemahan usahawan dari segi pengurusan perniagaan dan membina jaringan perniagaan.

“Sekiranya usahawan memerlukan pembiaya, mereka perlu sediakan kertas kerja atau bukti perkembangan perniagaan mereka dan mereka boleh menghantar permohonan melalui fndnet.my untuk dinilai oleh pembiaya hingga ke proses perbincangan,” jelasnya.

FND menawarkan perkhidmatan percuma kepada usahawan-usahawan yang berminat dengan melayari www.fndnet.my

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor