HomeBeritaKertas Putih Kesihatan dibentang ke Kabinet minggu depan

Kertas Putih Kesihatan dibentang ke Kabinet minggu depan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mendapat kelulusan daripada Setiausaha Parlimen untuk Kertas Putih Kesihatan (KPK) dibentang dalam Dewan Rakyat pada sidang hadapan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KPK yang membabitkan perancangan berfasa bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, akan menyentuh pelbagai isu termasuk soal fasiliti dan penjagaan di sektor kesihatan awam, pendigitalan sistem penyampaian kesihatan, skim pekerjaan dan perjawatan.

Selain itu, KPK turut menyentuh isu doktor kontrak dimana menurut Dr Zaliha, skim pekerjaan perkhidmatan kesihatan bukan tertumpu kepada doktor sahaja tetapi juga kepada skim-skim lain termasuk farmasi dan sebagainya.

“Tentang pekerja kontrak ini seperti kita tahu skim pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan ni bukan setakat doktor sahaja kan tetapi juga skim-skim lain termasuk dentist, farmasi dan memang kita tengok dari statistik setiap dari skim-skim itu ada pekerja pekerja kontrak.

“Tetapi baru baru ini walaupun apa yang saya bentangkan di kabinet itu berkaitan doktor kontrak tapi ia merangkumi sebenarnya. Kita melihat secara keseluruhannya bahawa sistem kesihatan itu tidak boleh berdiri hanya dengan doktor sahaja perlu team dalam apa jua kita laksanakan.

“Selepas mesyuarat kabinet. Kabinet telah bersetuju untuk tubuhkan High Level Committe untuk melihat dari sudut pekerja kontrak ini khususnya doktor perubatan. Jadi kelangsungan daripada keputusan kabinet itu kita telah pun menubuhkan working community,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama media berhubung Kertas Putih Kesihatan, di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, disini, hari ini.

Jelasnya, daripada 12,800 ruang jawatan tetap diberikan kepada doktor perubatan dalam tempoh tiga tahun. Sebanyak hampir 11,000 jawatan tetap berjaya dimasukkan bukan sahaja doktor tetapi jawatan yang lain dalam tahun ini.

Kertas Putih Kesihatan menggariskan empat tonggak iaitu melibatkan mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yang mempan dan saksama serta memperkukuhkan asas sistem kesihatan dan tadbir urus.


Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor