HomeGaya HidupKhasiat disebalik tempe – Makanan popular di Nusantara

Khasiat disebalik tempe – Makanan popular di Nusantara

 

CYBERJAYA: Tempe adalah sejenis makanan berasas kacang soya yang tidak asing lagi dalam masyarakat Nusantara kerana mempunyai khasiat tersendiri.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menjadikan tempe sebagai salah-satu makanan yang diambil dalam hidangan harian.

Perkara ini kerana, tempe memberi khasiat kepada manusia seperti mengawal paras kolestrol, mengawal tekanan darah dan melindungi jantung.

Selain itu, KKM turut memaklumkan bahawa kandungan tempe yang merangkumi kalsium, mampu meningkatkan kesihatan tulang serta mengurangkan premenstrual syndrome dan simptom menopaus.

“Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.

“Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya,” maklum KKM dalam hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.

Author

Pilihan Editor