HomeBeritaMDEC buka permohonan tiga geran utama industri digital negara hari ini

MDEC buka permohonan tiga geran utama industri digital negara hari ini

 

CYBERJAYA: Permohonan baharu bagi tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka mulai hari ini sehingga 1 Jun 2023, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

MDEC dalam satu kenyataan berkata, DCG memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital. MDXG pula bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi gtempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa manakla MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengagihan geran tersebut penting bagi merealisasikan dan meningkatkan bakat-bakat pemain industri kreatif dalam penciptaan kandungan digital.

DCG 2023 menyediakan empat cabang geran lain iaitu Geran Projek Mini, Geran Pembangunan, Geran Produksi serta Geran Pemasaran dan Pengkomersialan.

Penawaran geran bernilai RM150,000 hingga RM2 juta kepada syarikat, perusahaan, syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) yang melibatkan bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif. 

MDGX turut memberi tumpuan khusus kepada syarikat tempatan yang dapat membuktikan kesediaan untuk mengeksport produk, aktiviti atau perkhidmatan teknologi yang bernilai tinggi, inovatif untuk dipasarkan secara global dalam tempoh projek maksimum setahun.

MDCG memberi bantuan kepada syarikat teknologi dalam merangsang penggunaan dan pembangunan penyelesaian lestari dan inovatif berteraskan teknologi 4IR dengan tempoh projek maksimum setahun.

Menurut MDEC lagi, permohonan terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan pada bulan Jun ini. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai depan.

Pemohon yang berminat boleh melayari laman web www.mdec.my/grants untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor