HomeBeritaSuami isteri direman, bantu siasat kes rogol anak sejak usia 12 tahun

Suami isteri direman, bantu siasat kes rogol anak sejak usia 12 tahun

SEPASANG suami isteri ditahan bagi membantu siasatan, susulan dakwaan seorang wanita berusia 20 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun, sehingga melahirkan anak di Kampung Chuah, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kejadian terkutuk itu berlaku sejak 2016 sehingga tahun ini di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.

Beliau berkata, ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada Jumaat lalu pada kira-kira jam 11.40 pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Mangsa telah mengadu kepada ibunya, namun tidak diendahkan walaupun pengadu telah melahirkan dua orang anak. Seorang meninggal dunia semasa lahir, manakala seorang lagi berusia tiga tahun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, ibu bapa pengadu tersebut didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kedua-duanya di reman selama lima hari mulai Sabtu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

 

Author

Pilihan Editor