HomeBeritaPenutupan jalan raya perlu dikurangkan bagi elak kesesakan lalu lintas - Zahid

Penutupan jalan raya perlu dikurangkan bagi elak kesesakan lalu lintas – Zahid

PUTRAJAYA: Penutupan jalan raya susulan pembinaan jalan, bangunan dan infrastruktur  dilihat menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas dan ia perlu dikurangkan serta harus dimaklumkan supaya ada kaedah penyuraian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika kesesakan jalan raya terutama waktu puncak, penukaran laluan mestilah dilakukan segera bagi mengatasi masalah tersebut serta jalan atau laluan utama ke sesuatu destinasi akan diperluaskan dengan laluan kontra.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mencadangkan penggunaan pengangkutan awam harus digunakan secara efisien.

“Memperbanyakkan promosi penggunaan pengurangan kos dengan kos yang lebih rendah dan destinasi laluan yang lebih banyak.

“Begitu juga dari segi laluan khusus untuk bas akan dijalankan dengan kerjasama PBT khususnya Dewan Bandaraya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) di sini, pada Selasa.

Pada 27 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan kepada menteri-menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi menangani kesesakan jalan raya yang kian meruncing.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor