DUNGUN: Seorang penumpang wanita maut, manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 375 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Ajil, Bukit Besi di sini awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.16 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.
“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran dengan jentera EMRS dan ambulans, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata bomba.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – BERNAMA