CYBERJAYA: Rangkaian restoran makanan segera terkemuka, Burger King tampil dengan produk baharu dengan sos kombinasi sempurna iaitu sos Black Pepper Mayo.
Gabungan keseimbangan antara lada hitam dan campuran krim base membuatkan kombinasi sos yang menyaluti burger itu lebih padu dalam setiap gigitan.
Kombinasi sos yang unik ini menambahkan sentuhan krim pada burger ikonik jenama ini menerusi Black Pepper Mayo Whopper dan Black Pepper Mayo Tendergrill.
Black Pepper Mayo Whopper menampilkan sebuku daging burger Whopper® yang dipanggang di atas api, dilengkapi dengan acar yang masam, sos tomato, tomato segar, daun selada yang rangup dan bawang segar serta dilapisi dengan sos Black Pepper Mayo dan disajikan di atas roti bijan yang dipanggang dengan sempurna sepanjang 5 inci.
Selain itu, Black Pepper Mayo Tendergrill turut menyajikan ayam peha yang dipanggang di atas api dengan lembut dan juicy malah dilengkapi dengan tomato segar dan daun selada yang rangup serta dilapisi dengan sos Black Pepper Mayo, dan disajikan di atas roti bijan yang dipanggang dengan sempurna.
Sebagai hidangan pendamping yang unik untuk Burger King, rasa Black Pepper Mayo juga terdapat dalam bentuk Black Pepper Mayo Fries yang dihidangkan bersama kentang goreng tebal berwarna keemasan yang rangup, panas dan dilumuri dengan kelazatan sos Black Pepper Mayo.