KUALA LUMPUR: Kerajaan masih meneliti secara mendalam terhadap cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Protem bagi membincangkan hala tuju cadangan itu susulan menyuarat Kabinet pada 19 April lepas.
“Selain itu, pada 17 Mei lepas, satu mesyuarat peringkat working level diadakan untuk bincangkan perihal rujukan atau DOR. Jawatankuasa Protem juga akan mengsyorkan hasil dapatan mereka bagi mendapatkan ketetapan dasar untuk diteliti Kabinet.
“Perlaksanakan urusan tataterib perlu ditadbir urus dengan sistematik agar pemantauan kepada salah laku pegawai pentadbiran dan pelaksana agensi penguatkuasaan dibuat secara holistik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung cadangan meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah kawalan tatatertib efektif dan berkesan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.
Menurut Ramkarpal, penelitian lanjut juga melibatkan cadangan pelantikan anggota AIEC di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai langkah memperkasakan fungsi dan integriti agensi penguatkuasaan itu. – BERNAMA