MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Khamis mendedahkan operasi penggintipan oleh agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) menggunakan beberapa ribu alat Apple, termasuk yang berdaftar dengan kedutaan asing di Rusia, lapor Sputnik.
“Pengintipan oleh agensi perisikan AS menggunakan peranti mudah alih Apple, telah dikesan. Dalam memastikan keselamatan infrastruktur telekomunikasi Rusia, anomali itu dikenal pasti khusus kepada pengguna telefon bimbit Apple yang berpunca daripada operasi perisian berniat jahat yang tidak diketahui sebelum ini menggunakan kelemahan perisian disediakan oleh pengilang,” menurut kenyataan FSB.
Selain pelanggan domestik, “nombor asing dan pelanggan yang menggunakan kad SIM yang berdaftar dengan misi diplomatik dan kedutaan di Rusia” juga terjejas, menurut kenyataan itu.
Maklumat yang diperoleh FSB menunjukkan kerjasama rapat Apple dengan komuniti perisikan AS dan mengesahkan bahawa “dasar privasi yang diisytiharkan oleh syarikat itu adalah tidak benar. – BERNAMA-SPUTNIK