PEMAIN bola sepak wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu kelab bola sepak New York Dutch Lions FC (NYDLFC) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS).
Berita itu diumumkan melalui akaun rasmi Instagram pasukan NYDLFC pada Isnin dengan menyatakan Intan Serah telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama pasukan itu.
Melalui hantaran tersebut, pihak NYDLFC menyatakan berlaku sedikit penangguhan kerana Intan perlu mendapatkan visa dari kedutaan.
Namun, perkara itu telah diselesaikan dan Intan Serah sudah bersedia untuk beraksi bersama pasukan baharunya.
🇺🇲 National women's futsal/football player Intan Serah has joined New York Dutch Lions FC.
Thank you @sengfoo88 for info. pic.twitter.com/KEK9WlA1fn
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 12, 2023
NYDLFC turut mengucapkan selamat datang kepada Intan dan mereka sangat teruja kerana pemain Malaya Tigress itu akan beraksi bersama pasukan yang akan bersaingan dalam saingan Women’s Premier Soccer League di AS.