HomeBeritaMahkamah & JenayahKerani wanita kecewa ditipu lelaki Taiwan lebih RM100,000

Kerani wanita kecewa ditipu lelaki Taiwan lebih RM100,000

KUANTAN: Perkenalan seorang kerani wanita dengan seorang lelaki warganegara Taiwan yang menetap di Malaysia mengundang kekecewaan.

Perkara itu berikutan wanita berusia 37 tahun itu terpaksa berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga berjumlah RM113,875 lesap selepas dia terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian di Jerantut itu bermula pada 4 Mei lalu selepas mangsa yang berusia 37 tahun berkenalan dengan lelaki terbabit.

“Suspek telah menawarkan satu aplikasi JPEX untuk mangsa menjana wang dalam matawang asing USD dengan cara memasukkan modal RM1,000 dan dalam masa 120 saat dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus.

“Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan mangsa telah membuat 11 kali transaksi ke enam akaun bank yang berlainan dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM113,875,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Tambah beliau, berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada ahli keluarga.

Author

Pilihan Editor