HomeHiburanBilal dah ada geng, Neelofa selamat lahirkan 'baby boy'

Bilal dah ada geng, Neelofa selamat lahirkan ‘baby boy’

CYBERJAYA: Menerusi perkongsian Instagram stories, Neelofa dan suaminya Haris Ismail, mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.

Usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa, 34, selamat melahirkan anak lelaki keduanya dalam keadaan sihat.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” tulisnya.

Malah, pasangan itu juga berharap dengan kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Author

Pilihan Editor