HomeHiburanUqaira nama pilihan puteri sulung Kamal Adli-Uqasha

Uqaira nama pilihan puteri sulung Kamal Adli-Uqasha

PASANGAN pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini bergelar ibu bapa apabila menimang cahaya mata sulung pada Sabtu pagi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.72 kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan dekat ibu negara.

Pada masa sama, pelakon jelita tersebut turut sempat berkongsi nama puterinya.

“Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess Subuh tadi.

Welcome to the world sayangku, I love you so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” tulisnya.

Hantaran sama turut memaparkan foto Uqasha bersama bayinya yang berada di sebelahnya di atas katil hospital.

Keterujaan itu turut dihujani dengan komen rakan artis dan para peminat, yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan rasa syukur.

 

Author

Pilihan Editor