HomeSukanE-sukanErling Haaland dipilih sebagai muka depan EA Sports FC24

Erling Haaland dipilih sebagai muka depan EA Sports FC24

EA FC 24 telah mengumumkan secara rasmi Erling Haaland dari Manchester City dipilih untuk menggantikan Kylian Mbappe dan Sam Kerr sebagai wajah baharu siri permainan itu.

EA Sports akhirnya memberi kita butiran lanjut tentang EA FC 24. Ini merupakan siri pertama baharu terbitan dari EA Sports FC.

Siri yang merupakan penggantian kepada francais FIFA dan EA itu telah memilih untuk menukar muka hadapan permainan ini buat kali pertama sejak FIFA 21.

Ia memilih penyerang Man City iaitu Erling Haaland sebagai wajah baharu mereka.

Mbappe telah menjadi poster untuk EA dalam FIFA 21 sebelum ini. Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) telah muncul pada muka depan siri permainan EA ini untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk FIFA 23 bersama penyerang Wanita Chelsea, Kerr.

Nasib berbeza antara kedua-dua pemain ini, kerana Kerr yang merupakan pemain kebangsaan Australia menjadi salah seorang daripada 31 pemain yang menyertai Haaland pada kulit hadapan Ultimate Edition.

Author

Pilihan Editor