HomeBeritaHujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di kebanyakan negeri malam ini

Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di kebanyakan negeri malam ini

CYBERJAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal berlaku di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.

METMalaysia dalam hantaran di Facebook menyatakan, keadaan cuaca itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, selain Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.

Di Pahang pula, ia membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin, selain Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor, serta Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

Ramalan cuaca sama turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Miri (Telang Usan dan Maudi) dan Limbang.

Di Sabah, hujan lebat, ribut petir diramal berlaku di kawasan pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau serta Sandakan ( Tongod, Telupid dan Beluran).

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Author

Pilihan Editor