HomeGlobalMasuk kedai tanpa beli barang, kedai runcit di Sepanyol kenakan caj bayaran...

Masuk kedai tanpa beli barang, kedai runcit di Sepanyol kenakan caj bayaran RM25

BOSAN dengan pelancong yang hanya datang meninjau tanpa membeli barang, sebuah kedai runcit di Sepanyol telah mengenakan caj bayaran sebanyak €5 iaitu RM25 untuk masuk melihat di kedainya.

Kedai bernama Queviures Murria di Barcelona itu telah beroperasi sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi popular di situ.

Malah, kedai dengan reka bentuk tradisional itu telah menarik kehadiran beratus-ratus pelancong setiap hari, namun sebilangan mereka tidak membeli barangan di situ.

Salah seorang pengurus di Queviures M Adarria, Toni Merino berkata, kebanyakan pelancong yang datang ke kedai hanya ingin mengambil gambar kemudian pergi tanpa membeli apa-apa.

“Pada mulanya, idea untuk mengenakan bayaran kepada pelancong tersebut merupakan satu gurauan.

“Tetapi setelah melihat pekerja tidak selesa dengan kehadiran pelanggan yang hanya mengambil gambar tanpa membeli produk yang dipamerkan, mereka memutuskan untuk melaksanakannya,” katanya seperti dilapor Oddity Central.

Marimo menjelaskan dengan meletakkan notis itu di hadapan kedai, mereka berjaya menghalang pengunjung yang tidak membeli daripada masuk.

Malah, kebanyakan yang masuk memang ingin membeli sesuatu, dan yang tidak mahu  membeli hanya merenung di tingkap luar kedai.

Author

Pilihan Editor