HomeBeritaViralNaik loya tengok tikus gigit ayam mentah di kedai - Netizen

Naik loya tengok tikus gigit ayam mentah di kedai – Netizen

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di TikTok video seekor tikus menggigit ayam mentah yang diletakkan di dalam bekas terdedah di sebuah kedai.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di sebuah premis perniagaan milik warga Aceh yang terletak di Klang.

Pemilik video itu memaklumkan niatnya berkongsi di media sosial untuk memberi peringatan kepada semua supaya berhati-hati ketika membeli makanan yang terdedah.

“Aku share bagi korang beringat masa nak beli lauk basah yang terdedah ini risiko pasti ada,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik TikTok berkenaan menyatakan orang lain sudah memberitahu perkara itu kepada pekerja kedai tersebut.

“Masa aku rakam ada orang lain dah bagi tau, lantak korang lah nak kecam ke apa ke yang penting beringat la membeli lauk basah terdedah ni,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa loya selepas melihat video itu serta tidak menolak punca keracunan makanan dan penyakit kencing tikus semakin berleluasa mungkin disebabkan kecuaian seperti ini.

“Bahaya untuk kesihatan, boleh kena jangkitan kencing tikus,” komen netizen.

“Sepatutnya owner kedai kena sentiasa tutup box ais tu, takdela binatang apa-apa pun masuk ke makan ke,” luah netizen.

“Ayam pon penuh dengan lalat ada pula si mickey tengah syok makan, aduh banyak kuman sudah,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor