HomeBeritaRider p-hailing mahu kadar upah dinaikkan kepada RM7

Rider p-hailing mahu kadar upah dinaikkan kepada RM7

PETALING JAYA: Penunggang p-hailing meminta kadar upah pengambilan dan penghantaran di seluruh negara dinaikkan kepada RM7 untuk satu pesanan.

Ini kerana menurut mereka, kadar upah yang diberikan oleh semua syarikat p-hailing terlalu sedikit dan semakin rendah hari demi hari.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berjumpa dengan semua syarikat p-hailing untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut secepat mungkin.

“Bagi saya tempoh satu minggu untuk berjumpa dan berunding dengan syarikat p-hailing untuk mengutarakan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika soal jawab sempena program Temu Anwar Selangor X Belia p-hailing 2023, di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, hari ini.-KOSMO

Authors

Pilihan Editor