HomeHiburanTom Cruise nekad berlakon filem aksi walaupun usia cecah 80 tahun

Tom Cruise nekad berlakon filem aksi walaupun usia cecah 80 tahun

CYBERJAYA: Biarpun sudah menginjak usia 61 tahun, pelakon, Tom Cruise tidak mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Bintang Hollywood itu berkata, dia mengambil inspirasi daripada pelakon Indiana Jones iaitu Harrison Ford yang masih berlakon meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.

“Harrison Ford adalah seorang lagenda. Saya berharap masih bertahan pada usia itu. Saya mempunyai masa 20 tahun lagi untuk mencapai impian tersebut.

“Saya berharap untuk terus berlakon dalam filem Mission Impossible sehingga umur saya mencecah usia Harrison,” katanya.

Tom berkata demikian ketika ditemu bual oleh Mirror sewaktu mempromosikan Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One.

Malah, dia turut berbangga dengan setiap usaha kerja yang cabaran dalam menghasilkan filem berprestij itu.

“Saya amat berbangga dengan semua orang yang terlibat menjayakan filem ini. Apabila penonton berpuas hati, ia lebih bermakna buat kami semua,” ujarnya.

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One terpaksa menghentikan produksi disebabkan pandemik COVID 19.

Author

Pilihan Editor