Seramai 69 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini.
Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar bercakap pada sidang media mengenai isu pembebasan segera tahanan yang meringkuk di penjara Sungai Buloh dan penjara Sungai Petani tanpa sebarang bicara ketika di Restoran Madras Cafe, Kuala Lumpur.
“Ahli keluarga tahanan SOSMA ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. Sebelum PRU15, calon yang kini ahli Parlimen sudah bersumpah kononnya tahanan SOSMA akan dibebaskan dan Akta SOSMA akan dimansuhkan. Tapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan.
Datuk Dr Kalai Vanar berkata, “Keluarga (tahanan SOSMA) pun akan buat mogok lapar pada 31 Julai ini supaya menteri yang hebat berkokok di pentas tunaikan janji mereka.”