HomeBeritaMelaka FA, Sri Pahang FC berdamai

Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai

PASUKAN Melaka FA dan Sri Pahang FC yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika saingan Piala Belia pada Ahad lalu, sudah pun berdamai dan bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis pada 15 Mei lalu dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

“Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada 12 Mei sewaktu perlawanan bola sepak Piala Belia melibatkan pemain bawah umur 18 tahun, yang melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah, Melaka.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan rasa tidak puas hati melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menasihati semua pihak yang terlibat dalam perlawanan selepas ini supaya memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Pada 14 Mei lalu, tular satu rakaman video berdurasi 44 saat menerusi laman Facebook, yang memaparkan insiden pergaduhan antara pemain bola sepak di Stadium Hang Tuah.

 

 

 

Author

Pilihan Editor