HomeBeritaMahkamah & Jenayah518 laporan polis sepanjang tempoh kempen PRN di Selangor

518 laporan polis sepanjang tempoh kempen PRN di Selangor

 

SHAH ALAM: Sebanyak 518 laporan polis diterima setakat semalam, berkaitan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di seluruh Selangor.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu sebanyak 20 kertas siasatan sudah dibuka.

“Setakat ink tiada laporan berkait dengan 3R (agama, kaum dan raja), mungkin kita sudah bagi amaran bukan sahaja polis, malah pihak institusi diraja juga memberi amaran.

“Kita berharap ia akan berterusan sehingga selesai PRN, jangan pihak yang mengeksploitasi isu-isu membabitkan 3R ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Ayob meninjau proses pengundian awal membabitkan pegawai dan anggota polis kontinjen berkenaan.

Hadir sama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

Mengulas berhubung proses pengundian awal, Ayob berkata, seramai 18,557 pegawai dan anggota polis serta pasangan di kontinjen Selangor akan mengundi awal.

Beliau berkata, pihaknya yakin peratusan keluar mengundi bagi pasukan keselamatan adalah tinggi.

“Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, sebanyak 97 peratus keluar mengundi dan kita yakin akan dapat lebih tinggi,” katanya.

Author

Pilihan Editor