HomeGlobalBunyi dengkur dari bilik tidur, lelaki sangka isteri main kayu tiga tapi...

Bunyi dengkur dari bilik tidur, lelaki sangka isteri main kayu tiga tapi rupa-rupanya…

 

DALAM kejadian yang tidak disangka, seorang lelaki yang pulang dari urusan perniagaan di luar negara ingin membuat kejutan untuk isterinya, tetapi mendapati dia disambut oleh bunyi dengkuran yang dipercayai dari kekasih gelap isterinya.

Insiden itu berlaku di kediaman mereka di wilayah Guangdong di China.

Lelaki itu, yang merakamkan kepulangannya di kamera, mendapati isterinya tidak membuka pintu untuknya apabila dia mengetuk pintu walaupun baru pukul 9 malam.

Dengan penuh debaran, dia membuka kunci pintu lalu mendengar, apa yang dipercayainya, bunyi dengkuran lelaki yang datang dari bilik tidur mereka.

Kerana menyangka isterinya membawa balik kekasih semasa ketiadaannya, dia menerpa masuk ke dalam bilik dengan perasaan marah dan rasa tidak percaya yang bercampur baur.

Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati isterinya hanya bersendirian di dalam bilik tidur, dengan bunyi rakaman dengkuran datang dari telefonnya.

Yang lebih menggelikan hati, itu adalah rakaman dengkuran lelaki itu sendiri yang didengari isterinya setiap kali dia tiada, untuk membantu menenangkannya dan mengurangkan ketakutannya untuk tidur sendirian.

Apabila menyedari hal sebenar rakaman dengkuran itu, si suami jadi amat terharu dengan tindakan penuh cinta isterinya jujur dan penuh kasih sayang itu.

Dia bukan sahaja bergegas memeluk isterinya tetapi juga menyesali diri kerana salah faham tentang bunyi dengkur itu, lapor portal berita Sanook.

Apabila kisah rakaman dengkuran itu sampai ke pelbagai platform media sosial, tindakan comel pasangan suami isteri itu dikagumi ramai pembaca.

Ramai netizen tidak dapat menahan ketawa dengan kes salah faham itu, dan menghantar komen seperti:

“Sweetnya isteri itu! Sama seperti saya di rumah, terbiasa dengan dengkuran kuat suami saya. Apabila dia tiada, saya tidak boleh tidur. Itulah sebabnya saya merakamnya.”

“Turun naik emosi suami itu lucu – satu minit dia gembira, lepas tu marah, dan lepas tu gembira lagi.”

“Saya sungguh gembira untuk lelaki ini yang mempunyai isteri yang sangat cantik.”

Author

Pilihan Editor