HomeBeritaViral‘Elmina will never be the same for me’ - Juruterbang luah rasa...

‘Elmina will never be the same for me’ – Juruterbang luah rasa hiba

CYBERJAYA: Tragedi Elmina nyata memberi impak yang sangat kuat bukan sahaja kepada masyarakat malah juruterbang yang sering menggunakan laluan pendaratan yang sama.

Terbaru, seorang juruterbang berkongsi momen hiba apabila tidak dapat menahan kesedihan ketika membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menerusi TikTok @MrturboProp, nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam turut memberi kesan kepadanya yang sering menggunakan laluan pendaratan sama.

“Taman Elmina ni exactly bawah laluan mendarat Subang. Petang kalau landing pasti boleh nampak orang jogging dan beriadah di situ.

“Elmina will never be the same for me. This landing is for all of you. Al- Fatihah,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan penduduk di kawasan perumahan Elmina.

“Agaknya residen sekitar Elmina tentu fobia dan trauma setiap kali bunyi enjin pesawat lalu lalang. Moga Allah rahmati kita semua, amin,” komen netizen.

“Bukan je Elmina, aku yang jalan kat Putrajaya semalam meremang tengok kapal terbang take off tak sudah-sudah. Imagine satu-satu jatuh kat depan aku,” luah netizen.

It will never be the same for us who lives around Elmina too, this is my everyday route to office,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor