HomeBerita‘Haram sebarkan video, gambar mangsa rentung’ - Dr Zulkifli

‘Haram sebarkan video, gambar mangsa rentung’ – Dr Zulkifli

CYBERJAYA: Tragedi pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina pada petang Khamis telah mengorbankan 10 mangsa iaitu penumpang pesawat, dua kru serta dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Video serta gambar-gambar berkaitan tragedi tersebut sehingga hari ini masih boleh didapati di media sosial termasuk mayat yang telah rentung terbakar.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran kepada pengguna media sosial.

Menurut Dr Zulkifli, tindakan menyebar video atau gambar mangsa rentung dalam tragedi terbabit adalah haram.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” katanya menerusi Twitternya.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli mendoakan agar mangsa-mangsa terlibat dikurniakan syahid akhirat (kematian berpunca dari kemalangan).

“Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina. Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan),” luahnya.

 

Author

Pilihan Editor