HomeGlobalHujan buatan di Jakarta bantu bersihkan udara

Hujan buatan di Jakarta bantu bersihkan udara

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan akan melaksanakan pengubahsuaian cuaca dalam bentuk hujan buatan sehingga ujian pelepasan gas karbon bagi menangani pencemaran udara di Jakarta.

Menterinya, Siti Nurbaya Bakar berkata, hujan buatan itu akan dilakukan sehingga kualiti udara menjadi bersih dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita akan menilai sama ada langkah melakukan hujan buatan itu berhasil atau tidak dalam mengurangkan pencemaran udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya.

“Kita akan membuat penilaian pada 28 Ogos, kemudian 2 atau 4 September ini,” katanya seperti dilapor Utusan pada Rabu.

Tambah Siti Nurbaya, lokasi khas untuk melakukan ujian pelepasan gas sudah disediakan bagi membolehkan masyarakat memeriksa tahap pelepasan gas yang dikeluarkan oleh kenderaan masing-masing.

Katanya, ujian itu tidak akan dikenakan bayaran dan masyarakat boleh melakukannya mengikut masa masing-masing.

Dalam pada itu, Siti Nurbaya menjelaskan bahawa pelaksanaan hujan buatan bagi mengurangkan pencemaran udara di Jakarta mungkin berdepan kesukaran ekoran bentuk muka bumi bandar raya ini.

“Di Jakarta ada banyak bangunan tinggi dan bentuk muka buminya yang sedikit berbukit dan beralun.

“Keadaan itu menyebabkan hujan tidak boleh turun secara menyeluruh di seluruh Jakarta dan akibatnya, pencemaran udara sukar dihilangkan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor