HomeEkspresi'Oyen' rakan karib Capybara di Zoo Negara!

‘Oyen’ rakan karib Capybara di Zoo Negara!

BUAT pencinta kucing, pasti teruja melihat seekor kucing bersahabat baik dengan haiwan lain tanpa ada sebarang pertelingkahan.

Itulah yang dipamerkan seekor kucing jantan berwarna jingga dikenali ‘Oyen’ yang kini secara rasmi sudah menjadi teman baik kepada Capybara di Zoo Negara.

Baru-baru ini, MEDIA VARIASI berpeluang hadir ke majlis pemasangan papan tanda baharu ‘Oyen’ yang dipasang bersebelahan dengan papan tanda Capybara.

Pemasangan itu secara langsungnya menjadi simbolik rasmi penempatan Oyen yang kini berkongsi tempat dengan Capybara.

Berikut adalah sebahagian momen yang dirakam dari lensa MEDIA VARIASI.

Papan tanda ‘Oyen’ kini rasmi dipasang bersebelahan papan tanda Capybara

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana turut hadir merasmikan pemasangan papan tanda ‘Oyen’

Bagi anda yang mahu melihat kemesraan dua jenis haiwan berbeza spesis ini, jom berkunjung ke Zoo Negara! Maklumat lanjut boleh layari di www.zoonegaramalaysia.com

Author

Pilihan Editor