HomeBeritaTMJ tawar diri tampil dalam podcast 'Keluar Sekejap'

TMJ tawar diri tampil dalam podcast ‘Keluar Sekejap’

CYBERJAYA: Podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mendapat perhatian apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawar diri untuk tampil dalam program itu.

Menerusi InstaStory Khairy, beliau memuat naik tangkap layar komen daripada TMJ yang secara jelas menawarkan diri untuk muncul sebagai tetamu jemputan.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar (tanpa sempadan). Kasi gegar sikit negara ni,” komen TMJ menerusi ruangan komen tersebut.

Pada masa sama, Khairy turut meninggalkan reaksi pada tangkap layar itu dengan menulis perkataan ‘alamak’.

Untuk makluman, podcast Keluar Sekejap membicarakan topik-topik hangat politik Malaysia, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa tempatan dan global.

Podcast berkenaan turut mendapat tontonan tinggi dalam episod bersama Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli politik juga pernah hadir selaku tetamu seperti Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Seri Azmin Ali dan Amirudin Shari.

 

Author

Pilihan Editor