HomeGlobal12 pasang kembar belajar dalam satu kelas sama

12 pasang kembar belajar dalam satu kelas sama

BUKANLAH suatu perkara yang biasa dilihat apabila seramai 12 pasang anak kembar ditempatkan dalam kelas sama selepas mereka mendaftar masuk ke sebuah sekolah rendah pada permulaan sesi baharu persekolahan di China.

Lapor portal South China Morning Post, kesemua murid itu merupakan antara lebih 100 pelajar darjah satu yang mendaftar di Sekolah Rendah Hubin North Road, wilayah Shandong pada 1 September lalu.

Difahamkan, 12 pasang kembar itu merangkumi lima pasang kembar perempuan, manakala selebihnya lelaki.

Rakaman 12 pasang kembar itu berjalan dalam barisan sambil berpegangan tangan menarik perhatian orang ramai di media sosial China.

“Hello, nama saya Meng Yunzhe. Saya berumur enam tahun. Saya suka membaca dan melukis,” kata seorang kembar itu dalam video tersebut.

Saudara lelakinya kemudian berkata: “Hello, nama saya Meng Yunkai. Saya berusia enam tahun. Saya suka memanjat, melukis dan membuat kraftangan.”

Pihak sekolah menempatkan pasangan kembar itu di kelas sama untuk membantu guru mengenali watak mereka dan menerapkan kaedah pengajaran terbaik.

Bagaimanapun, situasi itu bukanlah kali pertama yang berlaku di sekolah itu kerana seramai 12 pasang kembar turut didaftarkan pada 2020 manakala 13 pasang kembar didaftarkan pada 2021 dan 2022.

Author

Pilihan Editor