HomeBeritaMahkamah & JenayahBau busuk bongkar penemuan mayat dalam kereta

Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam kereta

PETALING: Polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh kenalannya dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong awal pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan sebuah kereta dalam keadaan berkunci dan berbau seperti mayat di tepi jalan pada pukul 12.55 tengah malam.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 25 tahun ditemukan terbaring di tempat duduk belakang kereta dan bertutup dengan sehelai jaket.

“Pasukan forensik turut hadir ke tempat kejadian untuk membantu siasatan.

“Pihak polis turut menahan empat lelaki berusia 27 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan pada 2 petang, hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Susulan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintenden Che Rosli Che Embong di talian 016-8437878.

Author

Pilihan Editor