HomeBeritaJualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabil - Izham Hashim

Jualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabil – Izham Hashim

CYBERJAYA: Kerajaan negeri akan meneruskan subsidi beras putih tempatan yang dijual menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tujuh lokasi di Selangor sehingga bekalannya benar-benar pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, perkara itu bertujuan memastikan kestabilan bekalan beras di negeri Selangor ditampung oleh sumber import dari negara seperti Thailand dan Vietnam melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Beras import tersebut kita jual dengan harga siling BPT, lima kilogram (kg) pada harga berbanding RM17 bagi manfaat rakyat Selangor.

“Kita turut menjual beras tersebut menerusi JER yang dijalankan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di empat gerai PKPS serta tiga lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga Disember ini,” katanya memetik laporan Utusan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sesi Pemukiman Banci Pertanian 2024 Bersama Agensi Peringkat Negeri Selangor, pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, penduduk di Selangor boleh membeli beras serendah RM13 di tujuh lokasi iaitu gerai Wisma PKPS, Seksyen 14; gerai Ehsan PKPS, Seksyen 9;Meru; Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya dan tiga lori jualan bergerak di seluruh negeri.

Author

Pilihan Editor