HomeBeritaBelanjawan 2024: Belia dapat RM500 menerusi STR, bantuan disalur sebelum Ramadan

Belanjawan 2024: Belia dapat RM500 menerusi STR, bantuan disalur sebelum Ramadan

KUALA LUMPUR: Golongan belia akan dijangka menerima bantuan sebanyak RM500 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekali gus meningkatkan kadar minimum STR untuk golongan belia daripada RM350 kepada RM500.

“Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion manakala kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

“Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 atau Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan itu turut menyatakan bayaran pertama STR untuk isi rumah yang biasanya maksimum RM300 ringgit turut meningkat kepada RM500.

“Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor