HomeGlobalBiadap! Wanita Israel ejek ribuan ibu Palestin kehilangan anak undang kemarahan netizen

Biadap! Wanita Israel ejek ribuan ibu Palestin kehilangan anak undang kemarahan netizen

KEKEJAMAN yang dilakukan zionis Israel terhadap penduduk Palestin hingga sanggup mengembom hospital yang menjadi tempat mencari perlindungan nyata suatu perkara yang tidak masuk akal.

Bahkan, ribuan nyawa tidak berdosa seperti anak kecil yang menjadi mangsa korban hanya kerana kerakusan zionis itu cuba menakluk bumi Palestin.

Lebih menyakitkan hati seluruh umat Islam apabila, rakyat Israel itu sendiri semakin berani menjadikan segala kesakitan yang dirasai mangsa di Gaza sebagai bahan gurauan di media sosial.

Terbaharu, tular video seorang wanita Israel dengan selamba mengajuk tindak-tanduk ribuan ibu di Palestin yang kehilangan anak-anak kerana terbunuh dalam serangan udara Israel.

Video yang dimuat naik semula oleh Dr. Anastasia Maria Loupis di aplikasi X itu nyata menimbulkan api kemarahan umat Islam kerana wanita Israel itu sanggup mengganggap situasi yang dialami para ibu di Gaza sebagai gurauan semata.

https://twitter.com/DrLoupis/status/1715838326182146490

Malah, video yang dikongsikan Dr Anastasia itu turut mendapat perhatian warga net di Malaysia sehingga orang ramai mendoakan perkara terburuk berlaku terhadap wanita terbabit.

“Semoga dia diberikan cyst dan fibroid besar maksimum tapi tak ada doktor yang berani buang dan dia terpaksa hadap period lebat + istihadah teruk sampai hemoglobin 1. Amin,” komen netizen.

“Dah lah buruk. perangai buruk. negara pun takde sampai kena rembat orang punya. mampos pun masuk neraka. the real dunia akhirat rugi. anak shetannnn,” luah seorang lagi warga net.

“aku doa je semoga dia sakit tak ada sorang doctor or nurse bantu dia,” ungkap netizen yang berang akan tindakan wanita Israel itu.

Author

Pilihan Editor