JOHOR BAHRU: Statistik kemalangan maut di Johor semakin meningkat sejak dua hingga mencatatkan antara negeri tertinggi nahas di negara ini.
Sebanyak 33 hotspot atau ‘perangkap maut’ dikesan di seluruh negeri membabitkan beberapa jalan termasuk Jalan Johor Bahru-Mersing, Segamat-Kuantan dan Batu Pahat-Mersing.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pada tahun 2021, sebanyak 642 kes kemalangan maut dilaporkan.
Bagaimanapun katanya, angka itu terus meningkat sebanyak 25 peratus kepada 808 kes pada tahun lalu.
“Pada tahun ini sahaja bermula Januari sehingga September, angka sudah merekodkan 726 kes. Ini menunjukkan peratusan dijangka meningkat menjelang hujung tahun ini,” maklumnya seperti dilapor Kosmo pada Ahad.
Jelasnya lagi, warga emas berusia 65 tahun dan ke atas paling ramai menjadi mangsa kemalangan maut.